Rasailah keindahan kasih sayang yang terbit dari hati.... Powered by Blogger.
RSS

Berkatalah benar....


Mungkin bagi sesetengah individu sangat sukar menyatakan kebenaran...sukarkah?? tepuk dada tanyalah IMAN..Seringkali juga kita sering dimomokkan dengan anasir-anasir buruk yang barangkali berlaku seandainya menyatakan kebenaran. Lebih-lebih lagi menyatakan sesuatu yang kita sendiri tidak ingini kepada individu yang disayangi. Pelbagai persoalan mahupun telahan bakal menjelma..BAGAIMANA PERASAANNYA KELAK? SANGGUPKAH AKU? TEGAKAH AKU? APAKAH AKU HARUS MENDIAMKAN DIRI?...ebanyak mana pun persoalan mahupun telahan namun pada hakikatnya..kebenaran tetap kebenaran..serapi mana atau seutuh mana pun kebenaran disimpul..namun akan terlerai jua..hadapilah kebenaran sekalipun ia amat menyakitkan..sejauhmana pun kita menghindar dari kebenaran..kebenaran tetap sahaja terlekat di mindamu...selagi ia tidak dirungkai selagi itu ia akan menghantui dirimu..jadi..BERKATALAH BENAR..ALLAH MA'ANA...INSYAALLAH..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment